Pada Kali ini aku nak perkenalkan sebuah web yang boleh create favicon [Wikipedia] khas bagi anda. favicon.cc mempunyai koleksi yang besar dan terurus dalam membantu anda menghasilkan sebuah favicon yang berkait dengan apa yang anda ingin paparkan dalam web. Mungkin ada yang come across dengan website lain yang menjadi favorite masing-masing untuk penghasilan dan koleksi favicon, tapi bagi aku inilah yang menarik buat masa sekarang.
Pada front page anda tiba di site ini anda telah disediakan untuk hasilkan favicon anda, setelah segalanya selesai anda boleh preview terlebih dahulu sebelum download dan upload ke website anda. Dan sekiranya anda malas membuang masa, anda boleh go straight kepada koleksi favicon yang sedia ada, setakat ini sahaja ia mempunyai 23,062 koleksi dalam websitenya. Jadi, trylah sendiri untuk miliki favicon anda.
Semoga berjaya!
Related posts:

