Blog Comment
Untungnya mereka yang menggunakan WordPress adalah pelbagai pilihan yang ada untuk intergrate comment anda dengan services yang lain. Dan sekarang ini aku dalam dilema untuk memilih manakah system comment patut aku pilih sekarang ini untuk blog. Kerana aku merasakan comment dalam blog ketika ini tidak banyak variasi serta social enough untuk readers meninggalkan comment. Sekarang pilihan aku adalah 4 social services yang ada, iaitu CoComment, Disqus, Intense Debate dan Facebook Connect.

Setiap satu ada kelebihan, dan pengguna setianya sendiri. Tapi yang pasti adalah Facebook Connect telah pun aku implement dalam blog ini, namun tidak cukup mantap aku rasa. Sebelum ini aku ada gunakan Disqus untuk comment blog aku, namun ramai yang tidak register ketika meninggalkan comment, jadi avatar apabila yang terpapar tidak menunjukkan muka langsung. Dan aku agak susah hati kerana itu.

Tapi Disqus masih aku anggap agak baik kerana comment aku tersusun dan teratur ketika hendak reply semula kepada users. Namun seperti yang aku kata tadi, tidak ramai readers yang register dengannya. Dan yang bagusnya adalah insertion Facebook Connect dalam Disqus. Jadi mereka yang ada Facebook account boleh integrate ke dalam Disqus menggunakan profile yang sedia ada, cuma register sedikit dan anda segalanya selesai.

Manakala Intense Debate pula menjadi perbualan baru orang ramai, mereka tidak ada Facebook Connect didalamnya, tapi mereka telah integrate dengan Gravatar, OpenID serta FriendFeed. Kekurangan pada satu tapi kelebihan pada yang lainnya. Dan akhir sekali Facebook Connect, pilihan aku yang paling terbaik rasanya aku dah masukkan. Cuma belum dikira fully utilize lagi, mempunyai segalanya, selagi person tersebut mempunyai Facebook account la, atau tidak ianya sama sahaja hasilnya.

Tpi mana satu patut aku pilih? Disqus? Intense Debate atau Facebook Connect sepenuhnya? Kalau ada study code API masing-masing mau tak aku add all 3 services sekaligus. Senang kerja aku dibuatnya. Oh yaa lupa nak mention, 2 services Disqus dan Intense Debate perlu anda manage dari site masing-masing. Untuk approve comment, delete atau report as spam. Kalaulah bagusnya sekiranya aku boleh control everything dari WordPress admin page aku ni. Tak perlu la back to forth all the time.

Ada comment atau cadangan untuk aku? Hantar pada aku di ordinary comment system di bawah ini. Mana tahu ada antara anda yang boleh selesaikan puzzle ni. =D Selamat berblogging semua~

Rujukan link lain: 30+ Plugins for WordPress Comments – Mashable
PIC Source: premasagar [Flickr]

Related posts:

  1. Pemilihan Comment System Berterusan
  2. Impak Twitter Keatas WordPress
  3. Mini Profiles Dan Tweet Comments Untuk Disqus
  4. HOW-TO: Masukkan Facebook Connect ke blog WordPress
  5. Feature Baru Dalam ShamHardy.com

Tags: ,



Comments are closed.