Confuse
Okay~ Setelah aku baca banyak artikel dalam laman web. Aku semakin confuse, kedua-duanya memilki kelebihan masing-masing dalam system mereka. Intense Debate dengan systemnya, dan Disqus juga turut sama. Namun begitu aku lihat antara dua system tersebut, Disqus dilihat lebih menonjol berbanding dengan Intense Debate kerana kelebihan menyimpan comment kita di satu tempat lain iaitu di server Disqus. Jadi comment dari mana-mana site kita implement tidak akan hilang buat selama-lamanya begitu.

Dalam CNet: Webware juga ada membuat comparison kepada 6 commenting system berlainan iaitu Co.mments, CoComment, JS-Kit Comment, SezWho, Intense Debate dan Disqus. Dan chart tersebut masih lagi memberitahu bahawa Disqus mempunyai features yang lebih berbanding 5 yang lain. Manakala dalam hal Intense Debate pula (Ha! Jaga-jaga ni), mereka telah dibeli oleh Automattic, iaitu syarikat utama WordPress.com sendiri, dan apabila Automattic beli, maknanya akan lebih banyak integration dilakukan kepada Intense Debate bagi menjadikannya sesuai kepada blog WordPress akan datang. Itu pun aku anggap sebagai kelebihan juga.

Sekiranya aku follow perdebatan antara dua commenting system ini, ia seolah aku sedang follow perdebatan antara Blu-Ray dan HD-DVD. Ia boleh jadi satu epik berlawan yang lama jika diikuti ceritanya, tapi yang pasti suatu hari nanti akan ada satu juara antara dua tersebut, sama seperti Blu-Ray juga yang setelah lama berbulan hingga bertahun berjaya mengalahkan HD-DVD dari Microsoft. Tapi yang jadi persoalannya, berapa lama aku perlu tunggu?

Dalam last search aku, ada sesetengah artikel memberitahu supaya aku baca dahulu comment dari Scobleizer tentang implement commenting system ini dalam blog, especially Disqus. Memang menarik artikelnya, seriously~ Kalau anda seorang yang mengejar SEO dalam blog, tapi masih masukkan Disqus system dalam comment. Anda harus fikirkan semula, ini kerana mungkin Intense Debate ada kelebihannya disitu. Sungguh tak disangka~

So, sekarang dalam my mind ada 3 pilihan sekarang. Satu Intense Debate, kedua WordPress comment biasa, dan ketiganya Facebook Connect dalam comment. Atau mungkin ada artikel yang boleh melawan balik Disqus punya SEO problem? idea~ idea~ :S

P/S: Aku masih lagi ingin memasukkan Disqus dalam blog ini, pasal Mashable menggunakannya ;)

PIC Source: °Giulietta° [Flickr]

Related posts:

  1. Comment Controlling System Bagi WordPress
  2. Feature Baru Dalam ShamHardy.com
  3. Nasib Malang Kanak-Kanak Slumdog Millionaire Berterusan
  4. Mini Profiles Dan Tweet Comments Untuk Disqus
  5. Link Exchange Dengan ShamHardy.com

Tags: ,



Comments are closed.