
Pada hari sabtu 28 March 2009, merupakan satu tarikh yang akan aku kenang seumur hidup aku, kerana tarikh itu adalah tarikh aku bernikah dengan gadis yang sungguh hebat, dan akan berlangsung di masjid bersebelahan Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor Bahru. Oleh itu kepada rakan readers yang ku sayangi, aku mungkin akan kembali semula online pada hari selasa nanti atau rabu atau senang cerita apabila segala urusan selesai di rumah keluarga mertua aku nanti.
Dan aku janji apabila aku kembali semula, aku akan upload besar-besaran photos majlis nikah, malam berinai dan hari bersanding aku nanti dalam blog ini untuk tatapan semua dan kenangan kami berdua buat selamanya. Rasa berdebar sekarang ni sebernanya apabila aku memikirkan proses untuk berhadapan dengan tok kadi aku nanti dan melafazkan nikah di depan orang ramai. Aku ni ada perasaan gemuruh sebernanya, dan KUAT pulak tu. LOL~! Diharap supaya semua saksi pada ketika itu dapat bekerjasama dengan aku supaya cepat-cepat meng’SAH’kan lafaz nikah aku nanti, supaya tak diambil masa terlalu lama. Huhuhu~
Jadi pada semua, doakan kejayaan aku nanti dan jaga diri bebaik memasing nanti okay~
Related posts:


wahh..selamat pengantin baru .. semoga semua nya berjalan dgn lancar..
TQ sue~ =D
TQ sue~ =D
selamat pengantin baru..semoga kekal ke anak cucu XD