Masa kat PC Fair tadi, aku tertarik dengan satu booth disitu, iaitu booth Consumer Forum Malaysia (CFM). Katanya oleh brader yang bertugas di booth tu, CFM adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan pada 2001 lagi (lamanya..) dan fungsinya adalah untuk mengambil aduan tentang pengguna yang menggunakan komunikasi dan multimedia di Malaysia. Seperti contoh, sekiranya anda menggunakan Streamyx dan tidak berpuas hati dengan servis mereka, CFM adalah tempat pusat aduan anda. Samada berjaya atau tidak itu aku sendiri tidak tahu.
Bayangkan dah ditubuhkan sejak 2001 lagi dan aku tak pernah dengar pun, mana diorang pergi selama 8 tahun? Kita amat memerlukan sebuah badan yang berfungsi seperti ini dalam dunia mengejar teknologi sekarang. Oleh itu sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan, dan terasa ingin membuat aduan. Sila layari ke website mereka di http://www.cfm.org.my untuk ketahui bagaimana anda boleh hubungi mereka. Bersama kita pegang hak kita sebagai pengguna.
Related posts:

