Berita pagi tadi yang aku sempat tengok sebelum pergi kerja kat Buletin Pagi di TV3 tadi memberitahu bahawa menteri KPDN/HEP, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob akan mencadangkan satu undang-undang baru yang dibantu oleh persatuan Karyawan Malaysia tentang membasmi masalah download TV series dan filem dari Malaysia dikalangan internet users.

Dan pada pendapat aku adalah…

WoW! up to date la dia punya excuses. what next? Blu-ray? Okay.. kalau aku letak kebarangkalian besar users akan download filem Transformers berbanding Anak Mami macam mana? Jangan Pandang Belakang? Selamat Pagi Cinta? Atau apa kata kita gandingkan 3 movie tu lawan Transformers sorang, siapa akan menang dari segi jumlah illegal download?

Perfileman Malaysia macam bola sepak Malaysia jugak, suruh supporter beri sokongan untuk datang ke stadium la, janji itula ini la, belum masuk bab World Cup lagi tu, tapi apa yang penyokong Malaysia sebernanya dapat tengok ialah permainan yang teruk dan kekalahan Malaysia secara live melalui kaca TV dan pandangan mereka yang hadir.

P/S: Maaf kalau ada yang terasa dengan blogpost ni, aku kurang minat la dengan segelintir manusia yang sering beri alasan dan rasakan dirinya best sedangkan jutaan lain bersependapat sebaliknya.

Image Source: Stéfan [Flickr]

Related posts:

  1. Aku Dah Dapat T-Shirt Petronas Transformers
  2. Transforminators, Gila Ah Kalau Macam Ni
  3. Siapa Korang Agak Malaysian Yang Ada Dalam Time 2009 List?
  4. Rating Terminator: Salvation
  5. 7 TV Spot Transformers: Revenge of The Fallen

Tags: ,



4 Responses


  1. Sue Mk on 09 Jun 2009

    siyes.. so far..tak penah doload lagi local movies/series..bukan tak suka..tpi kat tv dah ada.. blambak…nak tak nak je tgk.. :)

  2. Sham Hardy on 09 Jun 2009

    tgk kat TV pun asyik mengutuk je ada hati nak cakap takut users download citer dorang

    CET!

  3. Bird on 10 Jun 2009

    lol, lawak gile. Kalo takat tv series malaysia tu orang tngok free je kat tv3 punye Catchup TV. Takdela illegal pun. Kat tv pun melambak kali ulang tayang, kalo siang kat tv lain, malam kuar kat tv lain pulak.

    *facepalm*

    Download filem malaysia? VCD/DVD bagi free pun teman tak hingin. Kalo cite pun sume stended cite jamban, kuar pawagam pun ramai menyumpah2.

    1 suggestion kepada penggiat seni tanahair. Kalo tak pandai menari jangan cakap lantai jongkang jongket. Kalau karya tak best jangan salahkan tak banyak pulangan sebab tak ramai masuk wayang. Kalo tv citer rating tak tinggi jangan cakap orang asyik download. Even stesyen tv pun buat portal untuk menonton rancangan di laman rasmi, lagi mau cakap orang download TV series dgn illegal WTF!.

    Cuma satu je firasat saya berdasarkan pernyataan berita ni. Rasa2nya benda ni cam ada unsur2 intervention dari Astro. So diorang anggap orang tak subscribe sebab rancangan2 yang kononnya “megadrama” tu tak dapat sambutan sebab orang asyik download, walhal orang tak nak sebab tak best pun. Dan selain core business mereka dlm pay TV, diorg juga ada penerbitan filem sendiri. So *kononnya* download mendownload ni memberikan kesan la pada hasil kerja diorang, walhal orang banyak tak tengok sebab tak best pun.

    Teruskan Malaysia, jilatlah b****t golongan2 yang tak sedar diri ni. Kalo betul pun pengguna internet just view content di internet, semua boleh ditonton di site2 macam Catchup TV yg rasmi dari stesyen2 TV. Tak illegal pun! alasan serius tak logik, unless ia dtg dari golongan 'tertentu' seperti yang dinyatakan di atas, yang mana dh terlalu banyak undang2 digubal untuk survivaliti mereka (bermula dari pengharaman ceper satelit bersaiz besar dengan alasan “censorship”). Dah terlalu lama dah korang jilat b****t diorang ni wahai undang2 kita.

    Akhir kata, sepertimana yang saya cakap awal2 tadi, takde kejenye orang2 kita nak download tvseries yang diorg boleh view secara percuma di laman2 rasmi kbykn stesyen2 TV kita. Jadi secara tak langsung kalo buat undang2 baru pun takde banyak kesan positif pun penggiat kandungan TV/filem kita yang dapat. Tapi satu je, kalau terjadi sedemikian, ia melambangkan kebodohan institusi perundangan kita sendiri. Dan ia juga menggambarkan yang perundangan kita umpama “lembu kena cucuk hidung”.

    Sori tulis panjang2. sekian terima kasih.

  4. Sham Hardy on 10 Jun 2009

    bird! ko memang genius, malaysia need someone like u presence dalam community, kalau tak mereka-mereka ni akan lalai dalam dunia mereka dan bongkak selalu bila satu-satu benda yang mereka rasakan jutaan penonton suka sedangkan berpendapat sebaliknya.

    good country man mate! :)