Satu hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri, pasti aku rasa banyak preparation korang dah buat, baju raya mungkin dah siap dan menanti untuk dipakai pada pagi syawal, songkok baru, kereta dah full-servis, duit raya dah siap dimasukkan dalam angpau, barang-barang untuk memasak juadah pagi raya pun dah dibeli, ada yang dah berada di kampung, ada yang bercadang selepas pulang kerja harini atau besok, atau mungkin memikirkan apa perkara nak dilakukan pada pagi syawal nanti kepada mereka yang tidak dapat pulang..

Walau apa pun keadaan anda nanti, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada semua umat islam di mana sahaja anda berada, tak kira apa bangsa, budaya dan bahasa sekalipun, Selamat Hari Raya. Ingatlah, bahawa kita telah berjaya menghadapi ujian berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan ini, syabas kepada anda, dan sebagai hadiah, Syawal lah yang diberi kepada anda.

Tak lupa juga, seandainya ada salah silap yang saya lakukan sebelum ini, mungkin ada yang kecil atau besar, saya mohon maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, saya hanyalah manusia biasa yang sentiasa memiliki kelemahan, tiada sebarang kesempurnaan dalam diri ini, oleh itu.. harap anda maafkan, untuk Aidilfitri yang indah nanti. Dan aku cuba tak ulangi lagi kesalahan aku walau apa jua selepas ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. :)

Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia..

Related posts:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin
  2. Sejam Sahaja Lagi Sebelum #EarthHour #Malaysia
  3. Persiapan Sebelum Raya – Membuat Ketupat
  4. Lagi Gambar Raya 2009
  5. Bagaimana Raya Pertama Anda?

Tags: ,



3 Responses


  1. [...] This post was mentioned on Twitter by niterider and Feeq, Merpati Putih. Merpati Putih said: Sehari Sahaja Lagi Sebelum Raya http://bit.ly/dv5b9r (via @shamhardy) [...]

  2. jawatan kosong on 08 Sep 2010

    Selamat Hari Raya bro…

    • Himself on 09 Sep 2010

      selamat hari raya pada anda jua ;)