Minggu lepas adalah minggu pertama Hail Akid dihantar ke sebuah taska yang baru setelah 3 bulan tinggal bersama ibunya dan adiknya di Kedah dan Muar kerana mengikut wife aku yang berpantang disana. Taska yang kami jumpai ini adalah dari sebuah blogpost yang menunjukkan antara beberapa tempat taska yang terdapat di Putrajaya.
Kami menelefon satu persatu tempat taska ini untuk bertanyakan seandainya tempat mereka kosong, hinggalah sampai ke tempat taska ini yang aku nak rahsiakan sementara nama tempat mereka, memberitahu yang tempat mereka mempunyai kekosongan ketika ini dan boleh menerima dua anak aku, kami sangat gembira dengan perkhabaran tersebut dan aku mulai mencari tempatnya beberapa minggu selepas itu.
Tempatnya biasa seperti taska lain, takde apa-apa keraguan (seperti rumput panjang ke, alat permainan rosak), lalu saya berjumpa dengan pekerja disana, memberitahu mengenai informasi anak aku yang dua itu. Selesai sudah, beberapa hari selepas itu, wife aku mula masuk bekerja semula di Putrajaya, dan kami menghantar anak kami pada awal pagi.
Ketika sampai, aku ternampak seorang bayi didalam tempat baringnya menangis beberapa minit, tanpa seorang pun penjaga yang berada disitu lalu, dan aku terfikir “adakah anak aku Hannah akan menerima nasib yang sama seperti bayi itu nanti?”, aku sudah mula ragu-ragu sedikit, kerana ternampak benda itu berlaku, oh dan pada bayi itu, hampir seminit jugak la baru penjaga tersebut datang mengambil bayi itu. Agaknya mana la diorang pegi tadi kan? Think positif, aku fikir mungkin penjaga yang lain belum sampai, dan dia sorang je ketika itu, maybe dia sibuk menukar lampin bayi yang lain atau buat susu. Jadi aku buang ketepi keraguan itu dan aku masuk kedalam setelkan deposit untuk dua anak aku itu. Sorang RM100, memang mahal, tapi aku rasa itu harga standard di taska sekitar Putrajaya. Selesai segala urusan dan aku letakkan dua anak aku dan kami pergi ke tempat kerja masing-masing.
Selesai bekerja, isteri aku mengambil dua orang anak aku itu, sementara aku menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Seremban, sebab aku selalunya balik lewat, dan isteri aku akan ambil aku nanti di Terminal 1 Seremban, setelah sampai di rumah, meletakkan barang aku, aku perasan sesuatu pada leher Akid, ada kesan cubitan kecil, dan dah bertukar kepada bekas luka, ini bukan cubitan yang biasa bai, mesti kuat punya nih sampai jadi berkudis, dan aku terbayangkan wajah anak aku kuat menangis bila dicubit begitu, aku mulai naik berang, aku nakkan jawapan dari mereka.
Tapi aku cuba bersabar lagi, dan bila aku hantar anak aku ke taska itu semula hari ke-2 aku cuba diamkan diri, dan nak tengok cemana bila balik nanti, selesai pulang berkerja aku lihat pada muka anak aku lagi, kalini macam ada kesan sedikit terseret, tak pasti samada dia mungkin ada terjatuh semasa di taska tersebut, aku semakin geram! Ini adalah tempat jagaan anak aku yang ke-3 dan ini adalah pertama kali berlaku, penjaga diorang kat sana buat apa? Tidur ke masa bertugas?
Untuk hari ke-3 aku beritahu isteri aku, suruh dia tanyakan orang kat sana apa yang telah berlaku semalam? Kenapa ada kesan cubitan dan terseret pada muka anak aku? Aku tak dapat nak temankan wife aku untuk pagi itu kerana aku perlu sampai ke ofis awal pagi kerana ada tugasan penting di pejabat, maka wife aku sendiri pergi bertanya dengan orang disana tentang mengapa terjadi begitu? Wife aku bertanya baik, cuma nak dengar apa yang mereka boleh katakan, dan bak kata wife aku bila dia bertanya dengan mereka, mereka hanya senyum saja, dan seperti nak lari dari menjawab soalan tersebut. Aku dengar bila wife aku cakap camtuh aku macam “WTF? Ini tempat taska tahi apa aku hantar nih? Nak kata aku tak bayar segalanya dah selesai, bodoh giler ah tempat tuh!”.
Selepas sahaja wife aku memberitahu aku dalam telefon mengenai perkara tersebut, aku terlalu geram lalu aku menulis tidak kepuasan hati aku itu kedalam Facebook, Twitter dan Google+, banyak sokongan aku terima, nasihat tips dan tak juga kebangangan manusia yang terserlah bodoh dalam salah satu laman sosial tersebut.
Tapi yang paling terbaik adalah aku mendapat tips dari Melissa Wong, bekerja dalam Kementerian Wanita, beliau banyak berikan aku tips dan memberitahu betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa memilih taska yang berdaftar bila mencari tempat penjaga, dan aku baru masa tuh tau tentang perkara ini semua, aku pun juga baru tau ada senarai Kementerian dah letakkan tempat-tempat jagaan yang berdaftar, dan ini melegakan hati aku sebagai ayah, tapi aku risau juga kerana dua anak aku terpaksa melalui sebulan yang perit di tempat taska yang aku hantar itu. Ada tak aku beritau korang yang tempat diorang takde dalam senarai? Aku sangat terkejut, dan bertambah rage dengan tempat ituh! Tapi perlu bersabar, jangan gopoh-gopoh terus buat andaian sendiri bila nama taska mereka tidak diletakkan dalam senarai tersebut, mungkin ada terselit cuma nama mereka yang mereka gunakan sekarang adalah baru, dan nama yang mereka daftarkan itu adalah lain, aku cuba think positif nih. Aku tak mau lompat ke taska sana dan tumbuk semua penjaga kat sana, itu barbaric punya style, takde tamadun, kena banyak bersabar, hanya Allah sahaja yang tahu rage aku pada ketika itu.
Tak mahu fikir panjang, aku telefon mana taska yang berada di Putrajaya semua, dan dapat sebuah di Presint 17, masih lagi belum tengok tempatnya macam mana, tapi dari apa yang aku bualkan dengan owner di telefon dia berkata yang semua penjaga dia telah terlatih, dan aku sebagai ibu-bapa boleh count-on dengan servis dia, inilah baru betul! Bukannya senyum mahu lari aku mahukan dari mereka, itu bodoh bangang!
So untuk blogpost ini, aku nak tunjukkan anda semua imej bukti kesan lebam dan luka anak aku ada sekarang nih, dan mungkin aku juga akan pergi ke klinik untuk mendapatkan kesahihan tersebut, sebab kalau kita nak buktikan, kita kena buat betul-betul, bagi kukuh habis, barulah andai kata dia nak bawa isu ini ke mahkamah, segala bukti nak counter balik aku dah ada, bak aku tulis di bahagian tajuk, rasa marah ni MARAH!





Jadi apa pendapat saudara-saudari sekalian? Adakah ini patut berlaku? Aku tahu kanak-kanak memang aktif, kenkadang mereka bergurau sesama mereka dan berlaku pergaduhan ke, tapi aku kena fikir tentang psikologi anak aku juga, kalau dia sentiasa dibelasah ke, ditendang ke, ditumbuk, di buat apa semua sampai ganggu pemikiran dia dan menjadi murung, apakah ko akan tanggung benda itu semua? Benda dah berlaku pulak kan? No, aku bukan nak manjakan anak aku sangat, well aku have to admit aku memang sayang dengan anak-anak aku dan of course, sebagai bapa aku adalah ketua keluarga, dan ketua keluarga harus protect anak mereka, kalau bukan mak ayah sendiri nak protect, siapa lagi nak buat?
Memang penting sebagai anak lelaki kena keras tahan sakit itu semua, tapi itu meleis punya style tau, aku bukan meleis wehh, anak aku pun baru nak masuk 2 tahun, apalah yang dia tau sangat pasal benda-benda yang kita orang besar faham, *sigh* bila fikirkan betul-betul, aku wish aku seorang yang kaya, aku dan wife aku tak perlu bekerja dan kami berdua menjaga anak kami sendiri tanpa perlu hantar ke mana-mana. Aku sentiasa berdoa agar doa aku itu akan diperkenankan dan semua tekanan dan masalah ini akan selesai, dan sebagai Khalifah di muka bumi ini aku diajar, kalau nak berjaya dan kaya-raya di dunia yang sementara ini, kita tak boleh mengharapkan pada doa sahaja, perlu berusaha, dan setakat ini banyak jugalah perkara yang aku sedang lakukan agar hidup keluarga akan senang nanti Insyallah, aku cuma perlu bersabar sahaja dan fokus akan apa yang aku buat.
Blogpost ini harus ditamatkan sampai disini, terlalu panjang aku tulis, rasa-marah punya kategori kan? Bukan selalu..
P/S: Cerita mengenai Hannah tak banyak sangat aku mention dalam blogpost ini, itu kerana dia masih kecil lagi dan aku pun tak tahu macam-mana mereka jaganya disana, tapi takpelah, next month i moved to another place, Hail Akid dan Hannah kalau kamu baca blogpost ayah ini ayah nak kamu tahu yang ayah sayang kamu berdua tau! Dan ayah akan seboleh yang mungkin cari tempat yang terbaik untuk anak-anak ayah semua. Ayah ibu sayang kamu tau! Sungguh dari hati ayah ini.
Posted from Seremban, Negeri Sembilan.
Related posts:


hui mcm kes dera je ni
bro kena siasat tu
emm..kena siasat elok-elok tu..