Since aku dah lama tak menulis blogpost, jadi harini aku nak tulis satu, even saudara kita Azman Ishak pun dah tegur aku yang last blogpost aku adalah tahun lepas! Ha haa..
Just nak kongsi cerita sedikit dengan korang, perbualan ini dah lama berlaku, tapi aku teringat dan aku nak tuliskan dalam blog yang super awesome ini.
Ia berkenaan gaji, well.. tak pasti dengan korang, tapi aku dan ramai member rapat aku dah masuk ke dunia kerjaya, ia adalah sebuah dunia yang memerlukan tenaga kita, idea kita, dan tumpuan kita dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh syarikat. Ada macam-macam kerja, ada yang betul buat kerja syarikat lah, ada yang buat kerja ‘sendiri’. Ya know what i mean?
Tapi kalini kita nak cerita tentang gaji, straight to the point, aku rasa tak salah kalau seseorang nak berbelanja macam-mana pun dengan gaji dia, nak boros beli barang bukan-bukan ker, nak belanja 4-5 awek dia ada ke, nak beli Macbook Pro yang harga ribu-riban ker aku tak kisah, asalkan dia bekerja.
Bekerja tu penat tau, bangun pagi, solat dulu, drive ke tempat kerja, kalau motor or transport awam boleh la lepas dari jem (tak campur lagi bersesak), tapi kalau drive kereta sendiri waktu pagi especially kat bandaraya KL nih dengan jem dia lagi, itu belum cerita time balik kerja lagi, sampai rumah dah penat and ngantuk, berterusan situasi tu selama 5 hari seminggu, kalau yang dah berkahwin tu, nak uruskan anak lagi kat rumah, salah ker kalau mereka nak reward kan diri mereka dengan gaji yang diterima?
Ramai aku dengar member aku cakap “eh ko jangan beli barang yang bukan-bukan sangat”, “ntah hape-hape ntah la yang ko beli nih”, “baik ko belanja aku makan weh”, itu semua nonsense tau! Tegur cara baik sekali sudeh, and then yang seterusnya let the person learn how to manage the money itself, sebab pengalaman itu lah antara cikgu yang paling terbaik di alam semesta, sebab ko belajar dari kesilapan sendiri, ko sedar duit ko makin kurang, dan pasti punya akan terdetik dalam akal dia nak mengurus wang dia sendiri, itu semua proses kehidupan.
Aku ni kalau korang kenal.. takkan tegur apa member aku nak buat dengan gaji dia, sebab dia deserve nak buat apa sahaja dengan gaji dia dapat, bukan sebab aku pentingkan diri sendiri taknak nasihat member ker apa.. no! Ko nak beli apa saja tu ko punya pasal, asalkan ko gembira, jangan nyusahkan orang lain sudah, kalau ko perlukan member untuk mintak nasihat i’m always available to help, just ask! Kalau dia buat benda-benda pelik, and tak sedap mata ko memandang, tegur dia cara baik, dia dah cukup besar untuk berfikir apa kita cakap, sindir-menyindir nih memang orang takkan mau nak dengar punya, fahami tentang psikologi manusia sikit dan ko akan faham yang sikap suka menyindir-nasihat ini adalah perkara yang buang masa sahaja, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, betul.
Okay itu saja, aku rasakan karangan pendek aku ni agak tunggang terbalik sebernanya, i’m aware of that, sebab waktu aku menulis blogpost ni pun dah nak time aku tidur, tapi pasai gatai gak nak menulis, so.. ini dia. Anyway, aku doakan korang semua selamat dan sihat setiap masa, i’m Sham Hardy, signing off!
Pssst! First blogpost aku tulis dengan Ubuntu OS tau, power to Open Source!
Posted from Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Malaysia.
No related posts.


Aku setuju, tapi aku tak berapa setuju sangat, maksud aku macam ni. Memang gaji tu hak dia so sukati la dia nak wat aper but kita sebagai kawan tak salah nak tegur kalau kita rasa dia belanja x ingat sampai membawa masalah, kalau dia pandai belanja x per la. Dan yang setuju sangat pulak is memang betul apa yg saudara cakap, kita ni hari2 mengerjakan badan kita untuk bekerja cari duit so tak salah sekali sekala kita belanjakan duit gaji kita sebagai hadiah diri sendiri, mean manjakan diri kita denagn duit gaji tadi.
Aku setuju, tapi aku tak berapa setuju sangat, maksud aku macam ni. Memang gaji tu hak dia so sukati la dia nak wat aper but kita sebagai kawan tak salah nak tegur kalau kita rasa dia belanja x ingat sampai membawa masalah, kalau dia pandai belanja x per la. Dan yang setuju sangat pulak is memang betul apa yg saudara cakap, kita ni hari2 mengerjakan badan kita untuk bekerja cari duit so tak salah sekali sekala kita belanjakan duit gaji kita sebagai hadiah diri sendiri, mean manjakan diri kita dengan duit gaji tadi.
first tulis post pakai ubuntu. aku terai install dalam virtual box… 1stly aku menggagau nak carik all media drive aku. demn lost ok.. 2nd aku lost nak carik terminal… lepas tu.. semua command sudo apt-get cam tak berkesan plak untuk cirtain apps. so semua bergantung pada software center. OMG… serrious lost ubuntu baru ni.
erk.. berbalik pasal citer kat atas… aku kalau dapat gaji.. makan mewah.. blanja keluarga… ni je la time nak merasa makan best… bila dah masuk 2 3 hari lepas gaji… makan bercatu balik… kita bukan anak orang kaya… so didik anak supaya berjimat. anak kita ni tengok jer apa kita buat hari-hari. lastly… setiap balik kerja… coin mesti masukkan dalam tabung… depan anak.. so anak tengok tabung pon dia berminat. tak perlu berbuih mulut nak pupuk semua tu kalau kita sendiri tak mulakan di rumah.
erk.. cam tak related plak komen. ok thanks bye.. haha